Someone sent me forwarded email of this doa.. Blessed the person who cares to share it with me and all her frens.. Love it... I hav to save it somewhere.. so here it is, for all wives, or wives to be.. here's something beautiful to end your prayers everyday....
Doa seorang isteri
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaanKau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatanNya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawadduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yg dirahmati olehMuBerilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan untuk memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan
kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yg Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk ku
kau juga yg Maha Mangampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah
SesungguhnyaAku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa hidayahMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yg disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah denagn dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dgn keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujian MuYa Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yg dikasihi
Isteri yg solehah
Isteri yg sentiasa di hati
Kau bantulah hambaMu ini Ya Allah
Amin,amin Ya Rabbal Allamin....
No comments:
Post a Comment